May 18, 2010

Member @...?

Tensennya! Kebelakangan ini, aku betul-betul tak happy. Dia akhirnya dah jumpa orang yang sesuai ngan dirinya. Yang tak best-nya pulak, perempuan tu bukan aku. Ah, itu bukan soalnya! Yang penting, minah tu sebenarnya tak suka pada dia. Cuma nak main-main je. Urgh, macam mana ni?


MINT: Hello brader!Tau tak dah berapa lama aku jadi pak guard kat sini?

AZMAN: Sorry la, Elis mintak aku teman dia pegi cari buku rujukan kat library jap tadi...
Dah la, jom gi makan...

MINT: Aik, Elis ikut sekali?

AZMAN: Ye la, ada masalah ke?

Kesian dengan diri aku kan? Mamat ni tak sedar kot aku ni pun pompuan gak?
Tiba-tiba, talipon Elis berbunyi...

ELIS: Berapa kali nak cakap?Jangan call I time-time camni...
Apa yang penting sangat tu?

MINT: ...

ELIS: Ei, ye ke? You kat mana sekarang? Ok, jap lagi I sampai...
Problem la...
Man, so sorry, I takleh lunch ngan you hari ni... sebab...

AZMAN: I faham, member you phone pasal ada perkara urgent kan?Takpelah, makan ngan Mint je.

ELIS: Man, you memang baik dan understanding...
Pasal perkara yang you nak bagitau tu, esok ajelah ye? Esok kita jumpa kan?
So see you, I harap you tak lupa...
Esok tau! I tunggu pukul 3 petang. Kat kafe selalu tu...
Bye!

AZMAN: Ha! Bye! Bye!

MINT: (Bencinya aku! Bukan main lagi dia berlakon!)

Kadang-kadang rasa cam spare tyre pun ada. Ye la, masa minah tu takde, baru nak terhegeh-hegeh baik dengan aku...

AZMAN: Kau dengar apa dia cakap tadi?! Ha! Ha! Dia dah tunjukkan perasaan cinta dia kat aku. Tak sangka cepat tu...

MINT: Ye la tu...

AZMAN: Huh, tak sia-sia usaha aku selama ni. Alamak, risau la pasal kitorang tak berapa saling mengenali lagi...

MINT: Ye la...

Amboi...seronoknya dia! Aku pulak yang tengah risau gila babas sekarang...pasalnya...(teringat kembali...)

ELIS: Toksah risau, boyfriend aku tak tau punya! Azman tu cuma bijik catur aje. Takyah tunggu lama-lama. Mesti dia luahkan perasaan syok kat aku.
Masa tu, aku cakap la aku dah ada boyfriend! Hee, best gila la nanti dapat tengok muka sedih, malu dia tu...

MINT: Melampaunya kau ni! Kau ingat kau ni sapa, sesuka aje nak mainkan perasaan orang lain? Jangan harap aku nak biarkan kau buat camtu kat Man!

ELIS: ?!
Hmm... ingat sapa tadi, member Man rupanya? Nampaknya kau dah dengar sesuatu yang tak sepatutnya. So...?
Nak beritahu Man ke? Silakan! Kau ingat dia akan percayakan kau?! Jangan ingat aku tak tahu kau sebenarnya ada hati kat dia kan?
Jangan harap la dia nakkan kau tu...

(Kembali masa sekarang...)

AZMAN: Dude, kau ni kenapa? Burger kau hancur dah!
Kau ni, apasal asyik buat muka cipan je sekarang ni?

MINT: Err... Err...
Ceh! Mana ada? Aku pening pikir pasal study je la...

AZMAN: Ooo... ingatkan kau tak suka aku rapat ngan Elis. Silap la aku...

MINT: He... he... kita kan member kamceng? Aku mesti support punya...

AZMAN: Ha! Ha! Betul! Betul! Kalo dapat support dari kau, baru konfiden sikit aku nak laksanakan langkah berikutnya. Hah!

MINT: (Cisss! Itu pulak yang keluar dari mulut aku...)

AZMAN: Dah kau pun kata itu, aku ingat esok nak tanya Elis la: sudi tak dia jadi girlfriend aku secara rasmi?

MINT: Hah?! Cepatnya...
Huh? Hu... bagus... bagus...
Dia mesti nak punya!

AZMAN: Ok! So esok kita gi sama-sama ye?

MINT: Mana buleh?! Kau gi la sorang...

AZMAN: Ala... teman aku sampai kat kafe tu je!

MINT: Ngada la kau... cam budak-budak pulak nak kena teman!

Macam mana ni? Rasa cam hantar kambing masuk mulut rimau je! Masalahnya sekarang, aku tak berani nak bagitau dia. Dibuatnya dia tak caya, pastu benci lak kat aku?! Eh, apahal aku kisah sangat kalo dia benci kat aku pun?! Isk!

Esoknya...

AZMAN: Tak sama kalo kau ikut skali. Aku rasa cam best je; rasa konfiden!
Kita kan member?

MINT: Iye..(Member! Member! Bencinya aku...)

AZMAN: Hah... tengok! Monyok balik! Kamon la, senyum sikit! Aku nak tengok...!

MINT: Jangan la!
Cepat la! Lewat karang...

AZMAN: (Tetiba rasa malu pulak! Kenapa dia jadi cam feminin pulak ni, tak cam biasa?)

Habis la! Kesian Man, kena reject karang. Ah, lantak la! Harap-harap, segalanya akan jadi ok balik nanti...

MINT: Cepat, naik la cepat!

AZMAN: Ok... karang aku call kau yek?

MINT: Man...(Cakap! Cakap! Ish, apasal rasa cam berat sangat mulut ni? Ish...)
Good luck!

AZMAN: Mint?!

Di dalam kafe...

AZMAN: (Mint... Mint... Mint... Mint nangis? Tak pernah pun dia macam tu...)
(Ada sesuatu berbekas kat hati aku. Tak tau la kenapa sejak aku pegang dan pandang wajah dia... Nampaknya dia menangis. Mungkinkah aku tak sedar selama ini?)

ELIS: Kenapa you tak cakap apa-apa dari tadi?
Malu? Toksah malu. I dah sedia nak dengar apa yang you nak cakapkan...

Di taman...

MINT: (Cis! Apasal aku takleh nak control nangis tadi? Malunya...)
(Kesian Man...)

AZMAN: Oi! Apasal kau nangis kat sini?

MINT: Belahlah!

AZMAN: Hik! Hik!
Nak tau tak, aku rasa Elis tu tak sesuai la ngan aku...
Aku akui aku ni memang buta kayu; tak sedar kehadiran kau selama ini...

MINT: Mati la kau!

Azman terjatuh ke dalam kolam...

MINT: Dah kena reject baru nak terhegeh-hegeh kat aku! Tu pun ada hati nak berlakon!
Kau ingat aku ni apa ha, spare tyre?! Banyak la!

AZMAN: Apa ni? Apa spare tyre? Apa reject-reject? Aku tak paham langsung...

MINT: Aku dah lama tau Elis cuma nak main-mainkan kau je! Selama ni, aku rahsiakan perkara ni sebab aku tau kau takkan percaya sebab kau dah suka sangat kat dia!
Kau mesti lebih percayakan dia berbanding aku...

AZMAN: Mint, dengar sini...!

MINT: Tak nak! Aku tak nak tengok muka kau lagi!

Di rumah Azman...

AZMAN: (Musykil, musykil. Mint kata dia dah tau Elis main-main ngan aku; reject aku...)
(Aku rasa mesti ada salah faham ni, mana ada aku luahkan apa-apa kat Elis itu hari?!)

teringat kembali...

AZMAN: Sorry ye? I ada hal, lain kali la kita jumpa lagi.

kembali ke masa sekarang...

AZMAN: (Elis memang nampak marah bila aku nak balik tapi masa tu ia tak penting bagi aku... Yang penting, Mint. Kenapa ngan dia? Kenapa dia menangis?)
(Tak boleh jadi! Aku mesti jumpa Mint! Aku tak dapat kawal diri lagi. Ada sesuatu aku nak cakap ngan dia...)

Di luar rumah Azman...

MINT: Man, kau tak apa-apa?
Boleh kita berbincang tak?

AZMAN: Mint, maafkan aku sebab jadi bodoh selama ni...
(Aku betul-betul tersentuh, Mint tetap mementingkan perasaan aku...)

Tak payah nak cakap lagi! Segalanya telah jelas, sama ada aku di-reject atau tak, Mint membuktikan yang dia memang sayang aku sebab dia tetap menerima aku...

Sanggup berkorban perasaan, sentiasa bersama; ternyata dialah yang paling sesuai untuk aku. Cuma aku saja yang tak perasan selama ini!

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment