May 18, 2010

PUTERI KURUNGAN BILIK RAHSIA

MIRA: Siti, kau dapat markah penuh lagi untuk ujian Bahasa Inggeris?!

SITI: Ish, janganlah jerit kuat-kuat!

MIRA: Wah! Selama ni orang yang boleh dapat 100 cuma Syukri sorang je tau!
Bijak, bijak!

SITI: Janganlah! Aku bukan budak kecik!

Sebenarnya aku berusaha gigih semata-mata sebab nak dekat Syukri!!!
Dia kacak. Ramai yang jatuh cinta waktu kali pertama bertentang mata...
Cemerlang dalam pelajaran, malah aktif dalam sukan!!!
Dia bagaikan seorang putera yang cukup sempurna.
Aku ingin mendampinginya, mahu dicintainya.
Dan aku cuma seorang gadis biasa yang berangan-angan nak jadi Cinderella...

SITI: (Ahhh... Makin hari makin segak dia...!)

SYUKRI: Siti!

SITI: (Adakah aku sedang bermimpi...? Suara Syukri yang sungguh lunak memanggil namaku...)

SYUKRI: Siti!

SITI: Ah! Syu... Syu... Syu... Syukri...!!!

SYUKRI: Kau tak apa-apa? Nak aku panggilkan staf perubatan?

SITI: Ak... Aku okey.*HUYUNG HAYANG (nak pitam...)

SYUKRI: Nanti dulu!
Hujung minggu ni... Kau free tak?

SITI: !

SYUKRI: Hari Isnin depan ada ujian, kan? Prestasi kau sekarang tak jauh beza dengan aku... Jadi... Apa kata kau datang rumah aku, kita belajar sama-sama. Nak?

Rumah Siti...

SITI: Kyaaa! Terasa macam mimpi!
Ke hadapan ayah dan ibu yang kini berada di syurga... Sebenarnya ramai gadis lain yang teringin nak belajar dengan Syukri...
Tapi dia pilih saya!
(Ulangkaji pelajaran dengan Syukri. Fuuu...)
Tapi...

Berangan
SYUKRI: Emak dengan ayah aku kat luar negara sekarang. Kau tak perlu segan.

SITI: Takde orang kat rumah!

Sekarang
SITI: *Campak pakaian dalam
Ah! Aku tak perlu risau pasal pakaian dalam apa nak pakai! Jangan fikir yang bukan-bukan!
Tapi... Ibu... Ayah...
Esok, Siti mungkin bakal menjadi gadis dewasa...

Rumah Syukri
*Ding Dong
SITI: (Cantiknya anjung rumah dia... Bilik dia pun mesti cantik...)

CHAK!
SYUKRI: Selamat datang. Senang tak cari rumah aku ni?

SITI: Aku ikut arahan yang kau tulis jadi senanglah...

Dalam rumah Syukri
Syukri mangunci pintu rumah
SITI: Ehh...?!

Ini... Lain daripada apa yang aku bayangkan.

SYUKRI: Aku gembira kau dapat datang. Aku memang nak sangat kau datang hari ni...

Aku belum bersedia...

SYUKRI: Sebab aku nak mintak kau tolong bersihkan rumah aku.

SITI: Hah? Tapi... Ehhh...?

SYUKRI: Prestasi pelajaran kau meningkat mendadak. Kau sekarang nombor dua kat belakang aku, kan?

SITI: Err... ya... Jadi...?

SYUKRI: Aku tak suka... kalau ada orang lebih pandai dari aku.

Apa...?
Nanti...

SYUKRI: Sebab tu aku suruh kau datang sini, tolong menyapu, mengemas. Jangan sibuk fikir nak jadi pelajar paling hebat.

Adakah ini perangai Syukri yang sebenar?!
Wuuu... Wuuu...

SYUKRI: Kau terkejut? Kau mesti tak percaya orang yang berada kat depan kau ni Syukri.
Aku memang Syukri.

Tidakkk!!! Semua ni hanya mimpi...!!!
Syukri yang aku kenal...

SYUKRI: Emak ayah kau tak tegur kau ke...pasal pakai reben senget macam tu...

SITI: Ibu ngan ayah aku dah takde.(Buruk betul aku ikat reben.)

SYUKRI: Maaf...
Kalau macam tu, biar aku gantikan mereka untuk jaga kau.*SENYUM

Putera... Puteraku...!!!
Aku ingin jadi puterinya!

SITI: (Susah payah aku cuba capai impian tu tapi...!)

SYUKRI: Cepat la buat kerja!

SELAMAT TINGGAL, CINTA.

SITI: Aku nak balik.

SYUKRI: Tunggu dulu...

SITI: LEPASKAN AKU!!!

SYUKRI: Maaf...! Aku tak pandai kemas rumah. Kau mesti faham macam mana susahnya nak kemas rumah sebab kau pun hidup sendiri. Aku sangka kau faham apa yang aku rasa...sebab tu aku mintak kau tolong.

Aku faham...
Memang susah seorang remaja lelaki nak kemas rumah sebesar ni...
Kesiannya...

SITI: Okeylah... aku tolong kau. Tapi aku tak pasti aku boleh buat semua atau tak...

SYUKRI: Terima kasih!
He! He! Apa kata...kita mulakan dengan bilik aku dulu.

SITI: HAHHH...!!! Erkkk...(bersepahnya bilik dia...)
Aku asingkan barang... Kau kumpul semua sampah!

SYUKRI: Aku pun kena buat jugak...?

SITI: KAU RASA...? PERGI BUANG SEMUA SAMPAH TU SEKARANG...
Kerja ni mustahil boleh siap kalau buat sorang-sorang.

SYUKRI: Matilah aku.

SITI: Ini bilik tidur ke tong sampah?

SYUKRI: Diamlah!

SITI: KYAAA! Buku apa ni?!

SYUKRI: Ah... Dah lama aku cari majalah tu! Jangan buang...!

Setelah siap mengemas...

SYUKRI: Bersihnya... Kau memang hebat. Duduklah.

SITI: Lepas ni nak kemas mana pulak?

SYUKRI: Itu... Nanti-nantilah buat...

SITI: APA?! Nanti?

SYUKRI: Kau...pandai masak tak?(perutnya berbuyi GROOO...)

SITI: ...Kau nak makan apa...?

Sangkaan aku, sekarang ni...

SITI: Ah! Salji!!!

SYUKRI: Kau tak tengok ramalan cuaca semalam?

...kami sepatutnya...belajar bersama dan bermesra...

Di pasaraya...
SITI: Jangan! Kita kena periksa tarikh luput betul-betul!

SYUKRI: Alaa, kita kan nak makan hari ni.

...juga menikmati makanan enak bersama...

Di rumah Syukri...
SYUKRI: Aku nak buat yang tu.

SITI: Hei! Itu kena basuh dengan air panaslah.

...tapi...

SYUKRI: Bagi aku.

SITI: Ah! Bahayalah!

...apa yang kami lakukan sekarang mungkin lebih seronok.

Wah...
SYUKRI: Dah lama aku nak makan hot pot...

SITI: Hot pot macam ni, bila-bila pun boleh buat sendiri.(Kena rajinlah.)

SYUKRI: Tapi hot pot...seronok makan ramai-ramai. kau makan sensorang?

SITI: Ya. (Jawapan spontan)
Aku pakai periuk kecik yang cukup untuk makan sorang.
Kalau musim sejuk selalu jugak aku buat, makan sendiri.

SYUKRI: Hot pot ni seronok makan bila ada orang sendukkan, tolong ambilkan...bagi kita sayur dagingnya...

Banyaknya...
Takpe ke aku makan banyak camni?

SYUKRI: Sedap kuah ni.

SITI: Kau makan cendawan ya.

Adakah aku sorang je yang rasa teruja...?

SITI: Sedapnya!!!

SYUKRI: Siti...
Kita ni macam pasangan suami isteri yang baru kahwinlah.

Mungkin di sebalik senyumannya tersimpan muslihat.
Mungkin dia hanya nak pergunakan aku.
Aku masih mahu berada dalam khayalan indah ini untuk seketika.

SITI: Ah... Biar aku ambilkan daging.

Dalam pada itu...

SITI: Syukri? Dah lewat ni. Aku nak balik...(Mana pulak dia pergi?)
Syuk... WAHHH!
!!!

Syukri baru selesai mandi dan cuma berseluar pendek...
SYUKRI: Kau tak boleh balik.(mencapai Siti dan terus memeluknya...)

Seronoknya...
MALU

SITI: Lepaskan aku!!! Aku nak balik rumahlah!

SYUKRI: Macam mana kau nak balik? Tren dah tak ada waktu ni.(sambil membuka berita di televisyen.)

Akibat salji lebat, laluan bagi tren-tren berikut terpaksa dihentikan buat sementara waktu...

SITI: HAH!!!*ALAMAK!
Habislah! Aku... kena tidur sini ke?!
Tak seronoklah tidur kat sini sebab terpaksa!

SYUKRI: Siti...aku akan pastikan kau berjaga...sampai pagi...

Eh...?!

SITI: Err... Tak nak la...

sambil bermain ps2...
SYUKRI: Kalau kau nak kalahkan aku, tunggulah 10 tahun lagi!
Oh, yeah!

SITI: Aku tak nak main dah!(Kalah lagi!)

SYUKRI: Tak boleh. Kau kena berjaga sepanjang malam ni. Aku nak kau penat, biar kau tak larat ulangkaji esok.

*GERAM
Penting sangat ke jadi nombor 1?

SITI: Jaga kau! Aku akan kalahkan kau kali ni!

SYUKRI: Kau menang...! Macam mana boleh jadi camni?!

SITI: Hmph...!!! Perangai macam budak-budak, takleh kalah...!!!

SYUKRI: Tak mungkin kau boleh menang kalau tak main tipu!

Inilah Syukri yang sebenar...
Sikap yang tiada orang lain di sekolah pernah nampak.
Malah aku pun sentiasa bayangkan dia seperti seorang putera yang sempurna.
Sekarang aku tak kisah berada di sini untuk seketika lagi.HUUU...
Boleh kan?

Siti tertidur...
Mimpinya,
SYUKRI: Si...Siti...

Hmm... suara merdu Syukri...
Eh! Kenapa dia pakai baju berlakon macam tu?!

SYUKRI: Siti! Sedap hot pot ni!

Tapi...
Apa dah jadi ni?!

SYUKRI: Wahai Puteri Siti...

Har?!

SYUKRI: Reben kau senget lagi. Biar aku tolong betulkan

Eh? Eh?!
*Buka mata
Eh...?!
Siti ternampak Syukri hendak ciumnya..
Siti menolak Syukri*BOKKK!

SITI: Kenapa ni...?!

SYUKRI: Ah... Takde apa...(muka merah...)

SITI: Walaupun aku suka kau tapi tak boleh cium...!
Memang mula-mula aku terkejut dan tak suka dengan perangai kau yang jauh berbeza dari sangkaan aku...
Tapi lepas aku luangkan masa dengan kau sehari suntuk...aku rasa seronok dan dah boleh terima diri kau yang sebenar.
Lepas tu kau tunjuk perangai setan ni pulak!
Puteri mana pun tak sanggup dicium walaupun oleh putera raja kalau...ciuman tu tanpa perasaan cinta!

Kecewanya...
Aku memang bodoh.

SYUKRI: Siti...
Tunggu dulu... Siti!
SITI!!!

Rasa kagum aku pada putera khayalan...dan impian aku menjadi puteri...berakhir di sini.

SYUKRI: Apa la Siti ni...
Orang dah cakap tren takde. Macam mana dia nak balik...?
Kalau dia patah balik ke sini, aku tak nak bagi masuk...

Pagi Isnin...
Di sekolah...
ELA: APA?! Syukri demam selsema?!

FARAH: Tipu...! Aku tak nak ambil ujian la. Aku bukan boleh jawab pun.

ELA: Jom kita pergi melawat dia.

GURU: Dah! Dah! Balik ke tempat duduk masing-masing! Sediakan alat tulis!

Tak datang...?
Malam kelmarin dia begitu ceria, tak nak kasi aku tidur.
Tiba-tiba dia pulak yang tak datang?
Inilah peluang aku untuk kalahkan dia...

SITI: ...

MIRA: Siti?

Jadi kenapa...?

GURU: Siti? Nak ke mana tu?!

SITI: Balik rumah!

Aku cuba dekat padanya bukan kerana prestasi pelajarannya yang hebat.
Wlaupun itulah alasan yang aku gunakan, tapi itu disebabkan aku tak mampu luahkan perasaan sendiri.
Aku sendiri yang salah sangka, lepas tu aku kecewa bila kenal diri dia yang sebenar.

SYUKRI: Siti...
Ujian dah mula, kau nak ke mana?
Aku terlewat sikit. Badan aku masih lemah, masih rasa tak sihat.
Achoo! Semua salah kau. Malam tu kau nak balik sangat.

SITI: Ahhh... Kau betul-betul sakit?!

SYUKRI: Tiga jam aku merayau cari kau, tau tak?
Aku... Aku... Aku cari kau...

SITI: Eh... Syukri, badan kau panas!!!

Di bilik rawatan...
SITI: Apalah kau ni! Sanggup kau berjalan dalam salji malam tu?!

SYUKRI: Aku pun takleh percaya sorang pompuan sanggup berjalan tiga stesen keretapi sejuk-sejuk camtu.*SINDIR

SITI: Aku bukan perempuan biasa...
Aku tak macam perempuan lain yang selalu kerumuni kau. Aku tak popular, tak ada personaliti.
Aku tak pandai bergaya. Garang macam emak tiri pulak tu.
Kau pun apa kurangnya, Syukri.
Tak sangka dengan senyuman manis kau tu, kau sebenarnya suka buli orang!
Pengotor, bilik bersepah, tengok majalah tak senonoh!
Malah...

SYUKRI: Buku lucah pun sebut jugak...

SITI: ..kau cuba untuk...(MALU)
Tapi... Lepas kenal diri kau yang sebenar...aku masih sukakan kau, malah lebih suka berbanding dulu.

SYUKRI: Aku tak pernah cakap aku takde perasaan kat kau.
Aku sanggup cari kau walaupun sejuk salji yang turun sebab aku nak kau terus berada di sisi aku...wahai tuan puteri.
Bukan aku nak ambil kesempatan...
Tapi masa kau terlelap hari tu, aku tak dapat kawal diri...
Kau nampak cantik sangat masa tu...

SITI: Syukri...

Mereka pn bercium...

SITI: Ak...
Aku... Aku pun sukakan kau, Syukri.

SYUKRI: *SENGIH Kalau macam tu...
Boleh tak aku jadi boyfriend kau kalau kau...dapat nombor satu dalam ujian akan datang?(Ujian akhir tahun)

SITI: Apa?! Kita belum couple lagi?! Habis kau cium aku tadi kenapa?!

SYUKRI: Hmm... sedap jugak kalau dapat makan hot pot hari ni.

Mungkin aku patut beri sikit ruang untuk dia bermanja.

SYUKRI: Nanti kita kena sambung kemas. Ada kawasan yang kita tak sempat kemas hari tu.
Sedapnya!

SITI: (Lebih baik aku tak beri ruang langsung padanya...

*TAMAT*

2 comments:

  1. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  2. The World of Steel - The Titanium Art - TITanium Artists
    TITanium is the world-renowned glass artist who titanium fitness has produced over 10 titanium gr 2 million pieces of metal since he ford fiesta titanium was a member of the U.S. titanium max Steel $12.00 titanium body armor · ‎In stock

    ReplyDelete